Skip to content
Asiadailies
Asiadailies

Daily update from Asia

  • Indonesia
  • Malaysia
  • Phillipines
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Australia
Asiadailies

Daily update from Asia

Resipi Tofu Kurma dengan Topping Keju Menggabungkan Produk dari Latvia dan Greece

Resipi Tofu Kurma dengan Topping Keju Menggabungkan Produk dari Latvia dan Greece

Tim Editor, 27/10/202527/10/2025

Kuala Lumpur, Malaysia – 24 Oktober 2025 (Jumaat) – Untuk Siaran Segera

Kreasi luar biasa dari tukang masak rumah terkenal Malaysia, Puan Sumathi dengen produk dari Latvia dan Greece.

Walaupun sambutan Deepavali telah berakhir, hidangan tradisional India tetap dipelihara dan diraikan. Setiap hidangan menjadi kenangan yang istimewa dan kehangatan bersama. Tofu Kurma dengan Topping Keju adalah kreasi luar biasa dari tukang masak rumah terkenal Malaysia, Puan Sumathi Sangaran, juga dikenali sebagai Sumie. Inovasi moden ini memperkayakan rasa tradisional dengan sentuhan moden Eropah, menggabungkan warisan kulinari dan kreativiti kontemporari dalam satu hidangan yang penuh makna.

Sentuhan Eropah dalam Masakan India Moden

Kurma sering menjadi hidangan yang penting atas meja makan semasa sambutan Deepavali kerana ia melambangkan kehangatan, kasih sayang, dan kebersamaan. Sumie, tukang masak rumah terkenal Malaysia, membuat versi istimewa yang menggabungkan produk Latvia dan Greece premium. Resipi inovasi istimewa dari Sumie ini bukan sekadar hidangan yang mempunyai tekstur, rasa dan bau yang sempurna ia juga membawa simbol semangat perayaan yang menghormati budaya, cita rasa, dan ikatan keluarga yang kukuh.

PDO Krokos Kozanis (Saffron Greece)

Untuk memberikan warna keemasan serta aroma bunga yang lembut, menjadikan hidangan kari ini lebih istimewa dan berperayaan.

PDO Korinthiaki Stafida Vostizza (Kismis Greece)

Untuk memperkayakan tekstur dan keunikan rasa dengan menambah kemanisan dan keharuman buah-buahan, seimbang dengan rempah ratus.

PDO Minyak Zaitun Dara Tambahan

Untuk menambahkan haruman dalam hidangan Kurma. Menjadi asas yang sempurna untuk menumis bahan, menonjolkan rasa dengan tekstur yang halus dan aroma bumi yang menyelerakan. 

Sebagai alternatif, gantikan dengan Mentega Latvia untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut, berkrim serta aroma mentega yang menyelerakan.

Produk Tenusu Latvia: Sentuhan Krim dan Keseimbangan Sempurna

Bahan-bahan dari Greece memberikan aroma dan keceriaan, manakala produk tenusu dari Latvia pula memberikan tekstur yang pekat serta keseimbangan nutrisi. Dengan budaya lama dalam pengeluaran susu Eropah, produk tenusu Latvia yang diperakui PDO mencerminkan keaslian, kualiti dan ketukangan terbaik.

Susu Latvia

Bagi menambah tekstur yang berkrim dan lembut pada hidangan kurma. Susu Latvia melembutkan rempah dan memperkayakan hidangan dengan rasa tenusu yang asli dan segar.

Keju Cottage Latvia

Untuk membawa kesempurnaan yang menyeimbangkan keharuman rempah dalam hidangan kurma. Keju Cottage Latvia, dihasilkan daripada susu skim dipasteur yang diperam, memberikan rasa manis yang lembut dengan tekstur halus dan berkrim.

Sebagai alternatif, bahan ini boleh digantikan dengan Keju Proses Latvia. Ia memberi kesempurnaan dengan rempah ratus kaya dalam hidangan kurma, ia memberikan sentuhan akhir yang lembut, lelehan berkrim, serta menonjolkan kehalusan ketukangan produk tenusu Latvia.

Resipi Tofu Kurma dengan Topping Keju Cottage

Bahan-Bahan Utama

200g tauhu keras, dipotong kiub

½ cawan keju cottage Latvia

2 sudu besar Minyak Zaitun Extra Virgin PDO (Vorios Mylopota) atau gantikan dengan Mentega Latvia

1 cawan susu Latvia

Beberapa helai PDO Krokos Kozanis (safron Greece), direndam dalam 2 sudu besar susu suam

2 sudu besar PDO Korinthiaki Stafida Vostizza (kismis Greece)

1 biji bawang sederhana, dihiris halus

2 ulas bawang putih, dicincang

1 inci halia, dicincang

1 sudu teh garam masala

½ sudu teh serbuk kunyit

Garam, secukup rasa

Untuk Hiasan

2 sudu besar daun ketumbar, dicincang

2 sudu besar kacang gajus, digoreng sangai ringan

Cara Memasak:

1. Tumis bawang, bawang putih dan halia dalam minyak zaitun PDO (atau gantikan dengan Mentega Latvia) hingga kekuningan.

2. Masukkan kismis, garam masala dan serbuk kunyit untuk menghasilkan asas rempah yang harum.

3. Tuangkan susu Latvia dan susu suam yang direndam bersama saffron, perasakan dengan garam, dan renehkan hingga sedikit pekat.

4. Masukkan kiub tauhu dan biarkan ia menyerap rasa.

5. Sebelum dihidangkan, taburkan keju cottage Latvia yang telah dihancurkan sedikit (atau keju proses untuk tekstur lebih berkrim).

6. Hiaskan dengan daun ketumbar dan kacang gajus sangai.

Tentang Sumathi Sangaran (Sumie) — Tukang Masak Rumah Terkenal Malaysia

Sumathi Sangaran (Sumie), merupakan tukang masak rumah terkenal di Malaysia dan pengasas Sumie’s Home Chef Club. Beliau pernah diketengahkan dalam Star Lifestyle sempena sambutan Hari Ibu serta rancangan khas Deepavali Nona TV3 pada tahun 2023. Ini dikenali dengan gaya masakan yang menonjolkan cita rasa Asia serta gabungan kreatif antara resipi budaya dan inovasi moden, Sumie membawa setiap resipi dengan sentuhan peribadi dan kisah tersendiri, ini mencipta hubungan yang hangat serta penuh inspirasi bersama komuniti peminatnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Premium European Products”, sila layari https://premiumeuropeanproducts.eu/ atau hubungi kami melalui emel di info@premiumeuropeanproducts.eu.

Halaman khusus untuk program ini juga boleh didapati di Instagram, Facebook, dan YouTube di @premiumeuropeanproducts.

Notes to Editor

About National Union of Agricultural Cooperatives of Greece (ETHEAS)

Founded by Greece’s leading cooperatives and established by Greek law, ETHEAS is the national coordinating body of Agricultural Cooperatives in Greece. With over 300 member cooperatives representing approximately 80% of Greece’s total agricultural cooperative turnover, ETHEAS aims to foster rural and cooperative development, support and promote its members’ activities domestically and internationally, provide expert opinions on cooperative movement agricultural production and sector development, supervise the dissemination and promotion of cooperative ideas, and serve and educate its members through studies, research projects, and assignments.

About Latvian Dairy Committee (LDC)

The Latvian Dairy Committee (LDC), established in 1995, represents Latvian dairy processing sector and aims to protect its interests. It consists of 17 members processing approximately 80% of industrially produced milk in Latvia.

Malaysia

Post navigation

Previous post
Next post

Recent Posts

  • Sambut HUT ke-81 RI, BRI BO Pluit Semarakkan Kantor dengan Dekorasi Nuansa Merah Putih
  • Asia CEO Community Gala Dinner 2026 Set to Connect Business Leaders, Capital and Opportunities
  • Sambut HUT ke-81 RI, BRI BO Cut Mutiah Semarakkan Kantor dengan Dekorasi Merah Putih
  • Petugas LRT Jabodebek Gagalkan Upaya Pencurian Kabel Grounding di Stasiun Cawang
  • How Much Is Your Land Really Worth? A Philippine Tool Now Estimates It From BIR Values and Market Data

Recent Comments

  1. Karma Focken on BRI Branch Office Otista dan BRINS Serahkan Simbolis Klaim Asuransi kepada Nasabah Terdampak Kebakaran
  2. A WordPress Commenter on Hello world!

Archives

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023

Categories

  • Australia
  • Indonesia
  • Malaysia
  • Phillipines
  • Singapore
  • Thailand
  • Uncategorized
  • Vietnam
©2026 Asiadailies | WordPress Theme by SuperbThemes